Tentang Tumpat

Tumpat, Kelantan

Bandar Tumpat dari udara
Tumpat merupakan sebuah bandar dan daerah (jajahan) di dalam negeri Kelantan. Di Tumpat terletaknya stesen keretapi terakhir bahagian Pantai Timur yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu(Malayan Railways) yang menghubungkan Kelantan ke bahagian barat Semenanjung Malaysia. 


KTMB Tumpat
                 Ini menjadikan Tumpat lokasi yang strategik sebagai hab pengankutan negeri Kelantan. Jarak diantara Bandar Tumpat dan Kota Bharu iaitu ibu negeri Kelantan adalah 15 kilometer. Daerah Tumpat adalah salah satu daerah yang paling kecil di Kelantan dengan keluasan hanya 169.5 kilometer persegi dengan kepadatan penduduk seramai 168, 600 orang. Tumpat merupakan tempat yang unik dimana ianya mempunyai sungai-sungai dan pulau-pulau kecil yang sesuai untuk sektor pertanian, penternakan, perikanan dan sebagai sebuah destinasi pelancongan yang menarik.


Rutin Harian penduduk Tumpat