Wednesday 15 June 2011

Tentang Noni

 

"let food be your medicine                                                      let medicine be your food "                                                                              by Hippocrates                                                                                                            
Morinda Citrifolia, biasanya dikenali sebagai Great Morinda,, Murbei India, Nunaakai(TamilNadu, India), Dog Dampling(Barbadis), Mengkudu(Indonesia dan Malaysia), kumudu(Bali), Pace(Jawa), Murbei Pantai, Cheese Fruit atau Noni (Hawaii) adalah sebuah pohon dalam keluarga kopi, Rubiaceae. Kini Mengkudu telah ditanam di Asia Tenggara dan juga Benua Australia dan ditanam di negara- negara tropika.

Morinda citrifolia adalah salah satu tumbuhan tradisional untuk medikasi pada zaman Polynesia sejak 2000 tahun dahulu yang dikatakan bahawa Noni mempunyai nilai nutrisi yang tinggi. ketika zaman Polynesia, Jus Noni  digunakan sebagai alternatif dalam  bidang perubatan untuk mengubati beberapa penyakit. Dalam beberapa penyelidikan, Jus Noni digunakan untuk beberapa penyakit iaitu arthritis, tekanan darah tinggi, kencing manis, kesulitan menstruasi, sakit kepala, penyakit jantung, Aids, kanser, depresi mental, masalah percernaan, aterosklerosis, masalah pembuluh darah dan penagihan dadah.

Penyelidikan dibuat oleh Dr. Hirazumi daripada Universiti Hawaii pada tahun 1992 menyatakan buah mengkudu atau Noni mempunyai antikanser yang akan memberi manfaat kepada pesakit-pesakit kanser dengan merendahkan kadar pengambilan ubat-ubatan antikanser untuk mencapai kesan yang sama dan lebih baik. Buah Noni mampu mencipta satu kaedah baru untuk mengubati pesakit-pesakit kanser 

Kebaikan Jus Noni


Menurut penyelidikan yand dijalankan oleh beberapa penyelidikandalam dan luar negara, Jus Noni didapati memberi kesan positif kepada penyakit berikut: 
1. Sistem Pernafasan - sinus dan asma
2. Sistem Penghadaman - Meningkatkan kadar serapan nutrien makanan 
3. Sistem  Kardiovaskular - mengurangkan tekanan darah tinggi dan merendahkan  paras kolesterol. 
4. Gangguan Sistem Dalam Badan - Kencing Manis, migrain, sakit ginjal, buah pinggang dan pundi kencing.
5. Sakit-sakit Tulang dan Sendi - Sakit sendi atau arthritis, gout , terseliuh dan terkehel.
6. Sakit Puan - Penyakit keputihan, senggugut dan gangguan haid.
7. Kesan- Kesan lain - Mampu membina sel- sel baru dibawah kulit kepala dan menghasilkan pertumbuhan rambut. Mengembalikan Kekuatan benih lelaki dan perempuan(kesuburan). Menggalakkan pertumbuhan tisu badan. menguatkan otot lelaki.

Beberapa penyelidikan mengatakan bahawa jus Noni ini mencegah penyakit kanser.



     

Tentang Tumpat

\


See More