Morinda Citrifolia, biasanya dikenali sebagai Great Morinda,, Murbei India, Nunaakai(TamilNadu, India), Dog Dampling(Barbadis), Mengkudu(Indonesia dan Malaysia), kumudu(Bali), Pace(Jawa), Murbei Pantai, Cheese Fruit atau Noni (Hawaii) adalah sebuah pohon dalam keluarga kopi, Rubiaceae. Kini Mengkudu telah ditanam di Asia Tenggara dan juga Benua Australia dan ditanam di negara- negara tropika.
Morinda citrifolia adalah salah satu tumbuhan tradisional untuk medikasi pada zaman Polynesia sejak 2000 tahun dahulu yang dikatakan bahawa Noni mempunyai nilai nutrisi yang tinggi. ketika zaman Polynesia, Jus Noni digunakan sebagai alternatif dalam bidang perubatan untuk mengubati beberapa penyakit. Dalam beberapa penyelidikan, Jus Noni digunakan untuk beberapa penyakit iaitu arthritis, tekanan darah tinggi, kencing manis, kesulitan menstruasi, sakit kepala, penyakit jantung, Aids, kanser, depresi mental, masalah percernaan, aterosklerosis, masalah pembuluh darah dan penagihan dadah.
Penyelidikan dibuat oleh Dr. Hirazumi daripada Universiti Hawaii pada tahun 1992 menyatakan buah mengkudu atau Noni mempunyai antikanser yang akan memberi manfaat kepada pesakit-pesakit kanser dengan merendahkan kadar pengambilan ubat-ubatan antikanser untuk mencapai kesan yang sama dan lebih baik. Buah Noni mampu mencipta satu kaedah baru untuk mengubati pesakit-pesakit kanser
Assalamualaikum
ReplyDelete